Make your own free website on Tripod.com
 
AinA Bakery Corner
« November 2017 »
S M T W T F S
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Salam semua
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Tuesday, 29 January 2008
Kelas Baking di Aina Bakery

Hari minggu lepas saya mengendalikan kelas basic di AINA Bakery. Ini adalah kelas yang kedua pad tahun 2008 ini. Walaupun saya dah biasa mengajar di kolej  tapi mengajar kelas membuat kek tetap agak memenatkan juga. Tapi saya agak gembira melihat wajah2 ceria peserta kelas saya.

Hujung minggu nanti akan di adakan kelas membuat roti secara hands-on di AINA Bakery. Yuran kelasnya tak de ler mahal sangat berbanding dengan peluang yang diberikan untuk mecuba sendiri membuat roti bermula dari penyedian bahan sehinggalah kepada membakar di dalam oven. Semuanya secara hands-on.

Kepada yang berminat untuk mengikuti kelas di AINA Bakery. Silalah emailkan kepada aina_bakery@yahoo.com dan nyatakan pelajaran yang ingin di ikuti. Wassalam.


Posted by ainabakery at 12:03 PM EST
Post Comment | Permalink
Sunday, 13 January 2008
cup cake decoration....
Mood:  happy

assalamualaikum semua.....

semalam saya berkesempatan untuk menghadiri kelas cup cake decoration bersama Chef Alan Ooi. satu pengalaman yang menyeronokkan bagi saya. nampak macam mudah bukan lah sesuatu yang mudah untuk deco cupcake yang comel dengan decoration yang kreatif. 

Apa pun pengalaman serta skill yang diturunkan oleh Chef Alan semalam dapat saya gunakan dengan baik kerana untuk menari pelanggan2 kecil terutamanya kreativiti amat penting. dalam masa yang sama, kualiti serta rasa juga penting kerana pada pandangan saya repeat sale akan berlaku sekiranya rasa produk dapat memenuhi citarasa setiap individu.

Bagi yang berminat untuk dalam busines cupcake, jangan teragak2 untuk belajar.  proses belajar tidak akan berhenti selagi kita ingin membangunkan potensi dan kualiti diri.

 

 

 

  

 

 


Posted by ainabakery at 5:16 AM EST
Post Comment | Permalink
Saturday, 12 January 2008
Salam Semua
Mood:  loud
Topic: Salam semua

Salam semua..

Syukur kepada Allah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk terus melangkah di tahun 1429H dan seterusnya memperbaiki diri iaitu dengan meningkat kualiti ibadah kita dan juga meningkatkan kauntiti ibadah kita, selain daripada meninggalkan segala laranganNya.

Saat ini saya sedang menyusun satu buku tentang cara-cara membuat Kek Lapis Sarawak iaitu bermula daripada menu asas terlebih dahulu. Saya merasakan ianya adalah suatu yang agak kritikal dalam menimbulkan minat untuk membuat Kek Lapis Sarawak. Percaya atau tidak ianya adalah antara menu best seller di AinA Bakery sama ada bagi walking customer di AinA Bakery atau customer melalui laman web AinA Bakery.

Doakan semoga buku ini akan berjaya disiapkan sebelum Mac 2008 dan seterusnya menemui semua teman-teman pada Mac 2008. Buku ini bukan sekadar menu sahaja bahkan disertakan dengan gambar2 bagi setiap langkah yang kritikal dalam proses membuat Kek Lapis Sarawak. Iaitu langkah-langkah yang membuatkan Kek Lapis Sarawak AinA Bakery mempunyai tekstur dan rasa yang tersendiri.

Wassalam...


Posted by ainabakery at 2:10 AM EST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older